Platelet Concentrate

PENGENALAN Konsentrasi platelet (Platelet Concentration) yang dihasilkan oleh sistem GPS III berasal dari darah pesakit sendiri. Teknologi ini menggunakan emparan untuk mengasingkan komponen darah pesakit dengan pelbagai kepadatan. Sel-sel darah merah (SDM) adalah lebih padat dan akan bergerak ke bawah. Pecahan plasma adalah yang paling padat dan akan terapung di lapisan atas. ‘Buffy coat’ yang mengandungi majoriti platelet berada diantara plasma dan di atas SDM. Terdapat pelbagai jenis faktor perkembangan (growth factor) didalam platelet iaitu sitokin, Platelet-Derived Growth Factor (PDGF), Transforming Growth Factor-Beta (TGFB), Insulin Like Growth Factor (IGF) dan Vascular Endothelial Growth Factor (VEGF). Konsentrasi platelet diperolehi dengan proses pengemparan darah pesakit dan pengumpulan buffy coat yang mengandungi platelet pekat dan sel-sel darah putih (SDP). FUNGSI KOMPONEN DARAH Platelet juga dikenali sebagai thrombocytes adalah komponen darah yang berfungsi s...