Platelet Concentrate

PENGENALAN

Konsentrasi platelet (Platelet Concentration) yang dihasilkan oleh sistem GPS III berasal dari darah pesakit sendiri. Teknologi ini menggunakan emparan untuk mengasingkan komponen darah pesakit dengan pelbagai kepadatan. Sel-sel darah merah (SDM) adalah lebih padat dan akan bergerak ke bawah. Pecahan plasma adalah yang paling padat dan akan terapung di lapisan atas. ‘Buffy coat’ yang mengandungi majoriti platelet berada diantara plasma dan di atas SDM. Terdapat pelbagai jenis faktor perkembangan (growth factor) didalam platelet iaitu sitokin, Platelet-Derived Growth Factor (PDGF), Transforming Growth Factor-Beta (TGFB), Insulin Like Growth Factor (IGF) dan Vascular Endothelial Growth Factor (VEGF). Konsentrasi platelet diperolehi dengan proses pengemparan darah pesakit dan pengumpulan buffy coat yang mengandungi platelet pekat dan sel-sel darah putih (SDP).


FUNGSI KOMPONEN DARAH

Platelet juga dikenali sebagai thrombocytes adalah komponen darah yang berfungsi sebagai faktor-faktor pembekuan untuk menghentikan pendarahan dengan pengumpalan akibat kecederaan salur darah. Platelet tidak mempunyai nukleus. Platelet adalah serpihan sitoplasma yang diperolehi dari megakaryocytes sum-sum tulang dan kemudian memasuki peredaran salur darah. Platelet yang tidak aktif berbentuk seperti kanta dwicembung. Berukuran diantara 2-3 µm. Platelet hanya didapati dalam mamalia, manakala pada haiwan lain seperti burung dan amfibia thrombocytes beredar dalam salur darah sebagai sel mononuklear. Pada smear darah, platelet kelihatan seperti tompok ungu gelap, kira-kira 20% diameter sel-sel darah merah. Smear ini digunakan untuk memeriksa saiz, bentuk, bilangan kualitatif dan pengumpalan. Nisbah platelet kepada sel darah merah dalam orang dewasa yang sihat ialah 1:10 ke 1:20. Fungsi utama platelet adalah hemostasis. Proses ini adalah untuk menghentikan pendarahan di tapak endothelium yang tercedera. Platelet berkumpul dikawasan yang tercedera ini, melainkan jika gangguan tersebut secara fizikalnya adalah terlalu besar, platelet akan menyumbat dikawasan yang terbuka atau tercedera. Pertama, platelet melekat pada bahan-bahan luar endothelium yang tercedera (Adhesion). Kedua, mereka berubah bentuk, mengaktifkan reseptor dan merembeskan bahan kimia (Activation). Ketiga, mereka menyambung antara satu sama lain melalui jambatan reseptor (Aggregation).

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN KOMPONEN DARAH 

Platelet-rich plasma (PRP) adalah plasma darah yang telah diperkayakan dengan platelet. Sebagai sumber pekat platelet autologous, PRP mengandungi beberapa faktor pertumbuhan (growth factor) yang berbeza dan sitokin lain yang merangsang penyembuhan tulang dan tisu lembut. PRP disediakan melalui proses yang dikenali sebagai pengemparan berbeza. Dalam pengemparan berbeza, daya pecutan diselaraskan berdasarkan graviti spesifik yang berbeza. Terdapat banyak cara untuk menyediakan PRP. Ia boleh disediakan dengan kaedah PRP atau kaedah buffy-coat. Dalam kaedah PRP, pengemparan yang pertama adalah untuk memisahkan sel darah merah (SDM) diikuti oleh pengemparan kedua untuk mengumpul konsentrasi platelet ‘Whole Blood’, WB (darah penuh) pada mulanya dikumpulkan dalam tiub yang mengandungi antikoagulan. Langkah pengemparan yang pertama dilakukan pada pecutan seragam untuk SDM yang berasingan daripada jumlah WB yang tinggal. Selepas langkah pengemparan pertama, WB dipisahkan kepada tiga lapisan: lapisan atas yang kebanyakannya mengandungi platelet dan SDP, lapisan nipis pertengahan yang dikenali sebagai ‘buffy-coat’ dan kaya dengan SDP, dan lapisan bawah yang kebanyakkannya terdiri daripada SDM. Bagi penghasilan PRP yang asli atau tulen (P-PRP), lapisan atas dan ringan buffy-coat dipindahkan ke tiub steril kosong. Bagi pengeluaran Leucocyte PRP (L-PRP), seluruh lapisan daripada buffy-coat dan beberapa SDM dipindahkan. Langkah pengemparan kedua kemudian dilakukan. Pengemparan yang kedua hendaklah hanya memadai untuk membantu dalam pembentukan pellet platelet (sebahagian kecil platelet) di bahagian bawah tiub. Bahagian atas isipadu yang kebanyakannya terdiri daripada PPP (Platelet-Poor Plasma) dikeluarkan. Pellet yang sekata di bawah 1/3 (5 ml plasma) adalah untuk menghasilkan PRP (Platelet-Rich Plasma). Dalam kaedah buffy-coat, WB diemparkan pada kelajuan yang tinggi dengan mengumpulkan buffy-coat yang seterusnya. Buffy-coat mengandungi kepekatan leukosit yang tinggi. Dari jumlah WB yang kecil (10 mL), lapisan buffy-coat yang sangat nipis boleh dihasilkan. Untuk memisahkan lapisan nipis buffy-coat yang mengandungi sel-sel terutamanya SDP dan platelet daripada lapisan SDM adalah sangat sukar.



KAEDAH PENYIMPANAN KOMPONEN DARAH 

Komponen darah perlu disimpan pada suhu yang sesuai dengan syarat-syarat penyimpanan yang sesuai. Kegagalan untuk mematuhi keperluan penyimpanan yang betul boleh menyebabkan keberkesanan pemindahan darah menurun dan / atau bahaya yang mungkin berlaku kepada pesakit.

Menjaga pengendalian komponen dalam peti sejuk di luar penyejukan pada tahap minimum untuk memastikan bahawa suhu tidak berada pada tahap maksimum.
  Komponen sel darah merah tidak boleh melebihi 30 minit pada suhu bilik.
3   Mengekalkan komponen dalam persekitaran suhu yang terkawal sehingga dikendalikan.
4   Mengendalikan dan menyimpan komponen dalam cara yang meminimumkan kemungkinan produk terganggu.
5   Set penggera harus ditetapkan dalam jarak 0.5 ºC julat suhu penyimpanan.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan sekarang atau di bawah penyiasatan untuk penyimpanan platelet. Penyimpan platelet adalah bertujuan untuk digunakan dalam rawatan pendarahan aktif. Kaedah penyimpanan platelet yang digunakan sekarang melibatkan penyimpanan pada suhu bilik (20°C - 24°C) dapat mengoptimumkan masa tetapi mengabaikan fungsi hemostatik dan pertimbangan logistik. Platelet disimpan pada suhu 22°C bertujuan untuk pemindahan setelah diperiksa keadaan metabolik, morfologi, dan kajian tentang fungsinya. Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, PRP (Platelet-Rich Plasma) disimpan selama 3-4 hari dan pati ‘platelet concentration’ (PC) disimpan dalam tempoh 24 jam. Dalam tempoh ini, lactate terkumpul secara berterusan tanpa perubahan ketara dalam kiraan platelet, pH, atau glukosa plasma. Platelet glikogen jatuh mendadak dalam kedua-dua keadaan iaitu kimia dan oleh mikroskop elektron, tetapi Adenosine Triphosphate (ATP), Adenosine Diphosphate (ADP), dan kalium intrasel (intracellular potassium) tidak berubah.




Kesan Sampingan Komponen Darah

Kadang-kadang bilangan platelet (platelet count) dalam darah seseorang individu mungkin rendah. Kiraan platelet mungkin jatuh jika sum-sum tulang tidak berfungsi secara normal. Ini mungkin kerana individu tersebut mempunyai kanser, leukemia atau gangguan darah. Rawatan dengan kemoterapi, terapi sasaran dan pembedahan juga boleh menjejaskan kiraan platelet. Sejenis radioterapi dipanggil ‘Total Body Irradiation’ (TBI) juga boleh menjejaskan sum-sum tulang dan kiraan platelet. Kiraan platelet normal dalam darah manusia biasanya adalah di antara 150,000 dan 400,000. Risiko kenaikan pendarahan adalah tinggi jika kiraan platelet jatuh di bawah tahap ini. Simptom-simptom kiraan platelet yang rendah ialah:
• Hidung berdarah.
• Pendarahan gusi.
• Haid yang berat.
• Lebam.
• Tompok darah kecil di bawah kulit yang dikenali sebagai petechiae.
Thrombocytopenia adalah gangguan di mana terdapat penurunan relatif thrombocytes, biasanya dikenali sebagai platelet di dalam darah. Satu takrifan am mengenai thrombocytopenia yang memerlukan rawatan kecemasan adalah kiraan platelet di bawah 50,000 setiap microliter. Thrombocytopenia biasanya tidak mempunyai symptom atau asimptomatik dan diambil daripada kiraan darah penuh (FBC) atau kiraan darah lengkap (CBC). Sebab-sebab terjadinya thrombocytopenia adalah samada diwarisi atau diperolehi. Thrombocytopenia boleh memberi kesan kepada bayi yang baru lahir dan kekerapan untuk berlaku dalam unit rawatan rapi neonatal (NICU) adalah tinggi. Kebanyakan kes-kes thrombocytopenia yang menjejaskan bayi pramatang adalah disebabkan kekurangan plasenta atau hipoksia janin (fetal hypoxia). Walaupun ujian ‘cross-matching’ menunjukkan terdapat persamaan, tindakbalas adalah masih mungkin berlaku. Tanda-tanda bahawa seorang pesakit mungkin mengalami tindakbalas transfusi adalah termasuk sesak nafas, berdebar-debar, demam, menggigil, ruam kulit dan gatal-gatal. Tindakbalas transfusi dirawat dengan ubat antihistamin, steroid dan dengan menghentikan pemindahan samada sehingga tanda-tanda surut atau berhenti sepenuhnya. Jururawat akan mengambil tekanan darah, nadi dan suhu sebelum dan beberapa kali semasa pemindahan. Kesan sampingan yang teruk jarang berlaku, dan semua platelet yang didermakan diuji untuk jangkitan sebelum didermakan.

PENYAKIT YANG MEMERLUKAN KOMPONEN DARAH 

Kanser dan beberapa rawatan kanser boleh menjejaskan sumsum tulang di mana platelet dihasilkan. Apabila keadaan ini berlaku, bilangan platelet dalam darah menjadi rendah. Ini boleh meningkatkan risiko pendarahan yang boleh menyebabkan hidung berdarah, lebam, haid yang lebih berat, pendarahan gusi atau masalah yang lebih serius. Biasanya pesakit yang menghidapi leukemia atau lain-lain jenis kanser mempunyai kiraan platelet rendah sebagai kesan sampingan rawatan kemoterapi mereka. Pesakit yang mempunyai penyakit yang boleh menghalang badan daripada menghasilkan platelet yang mencukupi perlu mendapatkan transfusi darah untuk kekal sihat.


 Rujukan









 

Comments